Ketika sedang membuat entry ini ku berada di HKL. Bukan kerana sakit, tetapi kerana bekerja.. Bergema suara takbir dari corong radio.. Pertama kali untuk diriku beraya jauh dari keluarga.. Mak Ayah keluarga semua telah selamat sampai di rumah Atok. Berbeza sungguh tahun ini..hehe..
Suatu peristiwa menyayat hati berlaku sebentar tadi. Tercuit hati ini mengenangkannya.. Semasa takbir bergema di corong radio tadi, ku dan 2orang staffnurse berada di ruang rehat kami di belakang wad. Sedang asyik ku melayari internet memggunakan samsung galaxy tab ni terdengar salah seorang staffnurse tu kata, "nak nangis..". Kami ingatkan dia main-main, rupanya betol-betol dia menangis. Aduhai, sayu je. Tambah sayu bila mengenangkan staffnurse yang menangis tu sedang mengandung dan suami pula berada diperantauan.. Ku pon cuba la menenangkan gelodak hati dia. Datang dekat dia, gosok-gosok bahu dia. Bagi kata-kata positif..
Anda mungkin mempunyai pengalaman yang tersendiri.. Suka duka kehidupan di pentas dunia yang sementara ini.. Walau dimana pon anda berada, ku ucapkab Selamat Hari Raya Aidiladha.. Hati-hati di jalan raya, anda mampu mengubahnya..
Sabtu, 5 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

3 jejari membalas:
Selamat hari raya aidiladha... Selamat bertugas...
Terima Kasih.. Selamat Hari Raya Aidiladha.. :)
Terima kasih untuk blog yang menarik
Catat Ulasan