Ahad, 2009 Julai 12

Deklamasi puisi merdeka 2009

Pertandingan sempena sambutan bulan kemerdekaan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Diadakan di Auditorium Matic bersebelahan Saloma Bistro di Jalan Ampang pada malam 4 Julai 2009.


Sempat menangkap gambar Menara Kuala Lumpur yang kelihatan semasa berdiri di luar auditorium.

Sedikit lewat sampai. Sayembara telah pun bermula. Persembahan kesemua peserta sangat mengagumkan. Persembahan selingan juga tidak kurang hebat dan menghiburkan. Langsung tidak menjemukan. Babak terakhir persembahan selingan telah membuatkan ku mengalirkan air mata. Bila mana setelah bersuka ria, tiba-tiba suasana bertukar gelap. Kedengaran teriak pekik, jeritan tangisan juga laungan meminta tolong apabila bunyi tembakan tanpa henti dilepaskan. Suasana cemas dan menakutkan itu menusuk masuk dan terselam ke dalam kepala dan hati ku. Ku merasakan diriku berada dalam situasi itu. Zaman peperangan sebelum kemerdekaan. Tak sangka ku boleh menitiskan air mata dengan hanya menonton babak yang hanya beberapa minit dan dilakonkan oleh remaja belasan umur.huhuhu.. Tahniah!!

Penantian akhirnya membuahkan hasil. Terlontar rasa gembira, terkuat pula ku 'yeyy!' bila nama pemenang tempat pertama di umumkan.hehe.. Ku seperti telah menjangkakan akan kemenangan itu. Kira yakin la jugak.hehe..

Tahniah kepada pemenang. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan.

5 jejari membalas:

momentinlife berkata...

semangat bai eh!
kagum2..

wafa xpnh gi bende2 mcm ni..huhu

Kakak berkata...

Amboi, tak ajak kakak ya!
Kakak suka juga dengan acara sebegini, tapi sekarang ni agak terbatas sikit.

yOnnA berkata...

teringin sangat nak attend sayembara mcm ni T___T

dkama berkata...

Kalau buat puisi Rock boleh menang tak??

fiezabaiduri berkata...

momentinlife
>> bukan selalu pon bai gi tempat mcm tu..

tapi mmg syok.hehe..


Kakak
>> bai tak pandai bersajak atau bersyair, tapi mendengar dan cuma menghayati, boleh laa..hehe..


yOnnA
>> dekat putrajaya pon ada jugak.
tapi bai tak pasti la bila.huhu..


dkama
>> erk,..bai tak pasti plak.
tapi rock biasanya dikaitkan dengan keras.
sajak perlukan penegasan dan kelantangan. sesuai la kot.tapi jgn smpai menjerit.hehe..