Khamis, 2009 Mei 14

Movie : Angels & Demons

Gambar untuk entri ini telah di upload petang semalam. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hanya gambar sahaja yang berjaya di upload. Hari ini, petang ini baru jejari ku bertemu kekunci.huhu..

Okay, kita terus kepada apa yang ingin ku buat semalam. Mungkin apa yang ku ceritakan seakan telah 'basi'. Yer la kan, dah di simpan seharian, kisah yang telah berlaku kelmarin nak masuk 3 malam pon.hehe.. Tak kesah la, kita layannnkan saja.

Ku pernah buat entri bertajuk tiket free. Entri ini adalah berkaitan dengan entri itu. Hari menonton wayang dengan tiket free itu adalah pada Selasa, 12hb Mei 2009. Pulang dari kerja petang itu, kami(ku dan suami) terus bergerak ke tempat yang ingin di tuju iaitu ke Cathay Cineplex Damansara.

Sebelum apa-apa, isi minyak dulu. Tujuan lain adalah untuk mendapatkan kad Mesra Petronas yang baru. Selain itu kad Touch n Go pon perlu di top up.

Pemandangan biasa ketika pergi dan balik kerja.huhu.. Sabarkan saja.

Tiba di tempat bangunan itu pada jam 6 lebih hampir ke pukul 7. Tempat untuk collect tiket masih kosong. Namun telah kelihatan 2 3 orang lain yang seakan menunggu seperti kami.

Kali pertama kami sampai kesana pada hari itu. Sebelum ini hanya dengar nama dan lalu di depan bangunan sahaja. Kawasan di situ lengang. Tidak seperti panggung wayang lain yang pernah ku pergi.

Semasa beratur untuk mendapatkan tiket, seorang wanita berdiri di sebelah ku. Bermula dengan soalan berkaitan iklan, kami berkenalan. Rupanya wanita berbaju merah itu juga seorang blogger. Namanya juga turut berada di dalam entri Kapten. Wanita itu adalah Momguess. Datang bersama adik bongsunya. Ada usyar blog Momguess, wah dah ada anak teruna. Tak sangka betol. Sempat la ku rakamkan gambar bersama sebelum memasuki panggung. Gembira dapat jumpa!


Inilah poster yang sering di lihat. Cerita inilah yang kami tonton. Di dalam panggung, kami duduk di couple seat. Panggung jenis panjang ke depan. Kerusi selesa. Ruang luas. Sebelum cerita bermula, wakil Advertlets memenuhi acara dengan menyampaikan hadiah. Iaitu berdasarkan ciri-ciri pada blog mereka.

Okay, ini adalah sedikit sebanyak review daripada ku tentang filem Angels & Demons.

Filem ini diklasifikasikan di bawah 18PL. Filem ini mengisahkan pergolakan dalaman gereja di Rome setelah kematian Paus atau Pope. Dengan penemuan simbol misteri Illuminati dan juga penculikan 4 orang kardinal pihak polis Vatican telah mencari dan meminta Robert Langdon, seorang profesor di Universiti Harvard yang pakar dalam mentafsir simbol-simbol purba keagamaan bagi membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Selain itu, misteri kehilangan bom jirim ciptaan saintis Italy yang dijumpai melalui sebuah kamera litar tertutup pihak sekuriti Swiss Guard juga menjadi tanda tanya. Setibanya Robert Langdon di Rome, beliau secara tidak sengaja bekerjasama dengan saintis dari Italy, Dr. Vittoria Vetra yang ingin mencari dan mendapatkan semula bom tersebut bagi mengelakkan kehilangan jiwa berlaku.

Bermula di sini, Profesor Langdon terpaksa menggunakan segala kepakaran yang ada dan mencari maklumat penting dalam arkib Vatican mengenai gereja-gereja lama di sekitar Rome di mana setiap kardinal yang di culik bakal di bunuh di setiap gereja lama yang ada kaitannya dengan Illuminati. Setelah berhempas pulas mencari jalan penyelesaian, akhirnya dengan kepakaran Profesor Langdon, kardinal terakhir yang bakal dibunuh berjaya diselamatkan dan seterusnya membawa kepada penemuan tempat kurungan kardinal yang diculik. Sekali lagi filem ini merupakan sebuah filem yang menarik yang diarahkan oleh pengarah Ron Howard yang juga mengarah filem The Davinci Code di mana penonton tidak akan menyangka bagaimana filem ini akan berakhir. (sinopsis ini juga dibantu oleh oleh suami ku.huhu.. tocey abang)

Pada ku cerita ini tidaklah membosankan kerana jalan ceritanya membuatkan penonton sentiasa ingin tahu apakah yang akan berlaku seterusnya dan seterusnya. Untuk mengetahui kesudahan dan mengetahui jalan cerita lain yang tidak disertakan disini, anda bolehlah menontonnya sendiri. 14 Mei adalah tarikh tayangan bermula diseluruh Malaysia.


Habis cerita jam telah menunjukkan jam 12 tengah malam. Dengan pantas kami bergerak ke tempat urusetia untuk mendapatkan kembali telefon bimbit dan kamera yang tidak boleh dibawa masuk ke panggung walaupon telah ada pasukan RELA bertugas daripada pintu masuk sehingga ke dalam panggung. Boleh kata kami memang pantas. Tak sampai beberapa minit sahaja kami dapatkan barang simpanan kami.hehe..

Pertama kali pada ku berhadapan dengan situasi begini. Perlu menyimpan dahulu segala barang yang boleh menjadi perakam. Pertama kali juga pada ku menonton movie pada tayangan perdana. Pertama kali juga pada ku mendapat tiket free.muahaha.. Pengalaman oh pengalaman..

Sekali lagi, terima kasih kepada pemberi tiket free Kapten Luffy.

12 jejari membalas:

Mr PenyuBiru berkata...
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
Kujie berkata...

dulu masa dpt tiket free tgok Bond 007 tu kat sini juga..kalau tidak mmg tak jejak lah...lalu je


bestnya dpt luangkan masa...tapi hari kerja pula...

Mr PenyuBiru berkata...

huh! jelesnye!..hehe..

Monkey D Luffy berkata...

momguess tel aku

dia pun ckp jumpa ko

demam2 pun dia g gak tu

muahahaha

momentinlife berkata...

huhu bestnye dia... =p

fiezabaiduri berkata...

kujie
>> yer la mama, bai pon masuk situ sbb tiket free tu la.
kalau tidak tak de rasa pon nak masuk. lalu je.hehe..


mr penyubiru
>> next time aar mr penyu.


monkeyDluffy
>> hehe..dalam panggung dok dengar gak 'hidung' dia tersumbat. layannkan sajer.hehe..

tocey kapten!


momentinlife
>> best ada, tak best pon ade.hehe.
adat la kan.

~ujicham~ berkata...

waahhh, kenapa mesti menyimpan wajahmu?

fiezabaiduri berkata...

ujicham
>> hehe..cheq malu lorr.. :P

M.K is Tun Mamat berkata...

hampir terlupa amik hp.. huhu

fiezabaiduri berkata...

M.K is tun mamat
>> jangan buat naya.
hehe..biasa lepas habis movie mana nak patah balik ke pintu masuk kan.
hari tu je lain.hehe

D a Y a (^_~) berkata...

tiket free
wuhuuuu
best tu

fiezabaiduri berkata...

daya
>> best la..tiket free.. hehe.. :D