Rabu, 2009 Oktober 14

Bumper lagi

Pagi tadi cuaca sejuk. Hujan masih turun renyai-renyai semasa ku telah berada di dalam kereta untuk ke tempat kerja. Perjalanan yang lancar. Nyaman terasa. Sambil mendengar celoteh fara fauzana dengan faizal ismail di corong radio. Tenang pemanduan ku. Tiada rasa tergesa-gesa untuk sampai kerana ku keluar awal.hehe..

Tetapi malang tidak berbau, suasana tenang bertukar. Di satu persimpangan, lampu isyarat bertukar warna kepada merah. Ku menekan pedal brek untuk berhenti. Sambil itu telinga mendengar celoteh 2 penyampai radio hot.fm itu. Selang beberapa saat, terdengar satu bunyi dentuman serentak itu juga ku terasa kereta ku bergegar. Ku pandang cermin sisi kanan dan kiri, tak nampak kereta. Kepala ku berfikir, betul ke bunyi tu 'keluar' daripada kereta ku?huhu..hampeh je. Pandang cermin pandang belakang, nampak kelibat orang. Ku buka pintu, ku jengah sedikit, nampak motor kat belakang kereta. Lampu masih merah, ku keluar kereta. Cuaca masih hujan renyai.huhu..

Sebuah motor telah melanggar kereta ku dan mengakibatkan bumper kereta ku sekali lagi pecah. Cerita daripada penunggang motorsikal itu, dia tak perasan ku berhenti dan tak perasan lampu merah. Apabila dia perasan, dia pijak brek. Tapi jalan licin, tak dapat nak kawal motor, jauh terseret, dumm! terkena kereta ku. Pecah. Mujur dia tak cedera teruk. Motor pon tak rosak.

Lewat masuk kerja untuk selesaikan kes tu.huhu.. Ku tak reti nak selesaikan kes² macam ni. Jadi, dengan terpaksa ku terpaksa menyusahkan en.suami. Terima kasih Abang!

kali kedua pecah.

esok bertukar wajah la bumper ni..

Isnin, 2009 Oktober 12

Movie : Surrogates


Tanpa di rancang, kami membeli tiket dan menonton wayang. Kebetulan berada di Alamanda ketika itu. Setelah pulang dari kerja. Layankan saja.

Surrogates, adalah kisah dimasa depan apabila manusia cuba menggantikan robot untuk melakukan aktiviti harian. Hanya dengan berbaring, fungsi otak manusia 'di sambungkan' ke robot untuk digerakkan. Lakonan Bruce Willis, hero movie die hard ini memang best. Memegang 2 watak dalam movie surrogates ini. dialah manusia, dialah juga robot. Berkali-kali juga ku bertanya kepada suami adalah benar pelakon robot itu adalah orang yang sama dengan hero tapi gaya rambut dan muka telah 'di ubah' untuk menampakkan ia muda?hehe.. Berkali-kali juga suamiku mengiyakan.

Cerita ini pada ku biasa sahaja. Jika lihat iklan di televisyen, macam gempak gila. Action yang,..wow. Tapi bila tengok movie dia, tak la banyak sangat pon action. Tak cukup wow la pada ku.hehe.. daripada 5 bintang, ku boleh bagi 3 bintang je.huhu..

Layannn..

25% extra?

Petang yang cerah. Sepasang kekasih berjalan berpegangan tangan. Bergurau senyum riang. Menuju destinasi yang telah di rancang. Setelah lama tidak di tujui.

Tengah hari tu dah makan. Tapi kerana tarikan entah apa, setelah tujuan utama diselesaikan, kami singgah untuk 25% extra itu. Sekadar mencuba orang kata.

SMS, layannn...

satu untuk ko, satu utk ku.

Tertarik mata untuk memandang terus disebelah kanan meja. Comei budak itu. Sambil menunggu pizza sampai, kami 'mengasah' bakat.hehe.. klik sana klik sini.

Ini dia 25% extra yang dimaksudkan. Hampa, sebab tak macam 25% extra cheese pon.huhu.. Mentang² la kami beli pizza kecik, dia letak sikit je cheese. Dengan lambatnya, dengan tak panasnya. ciss! Indah khabar dari rupa. Cisss!!

Sabtu, 2009 September 26

Game di Muka Buku, Buku Muka?

Ku telah punyai akaun buku muka tu sejak november tahun dua ribu lapan lagi. Membuat akaun itu setelah seorang rakan siber yang mengajak.huhu.. Tetapi sejak dari itu, ku tiada langsung meloginkan diri. Hanya sejak beberapa minggu ini sahaja ku menggunakan ID sendiri untuk melogin. Tujuan utama adalah untuk bermain!hohoho.. Boleh di katakan kemaruk jugak la. Sehari tak jumpa, tak sah.hehe.. tak tahu la sampai bila keadaan ini akan berterusan.kihkihkihkih..


Berlian! rekod tertinggi = 213800

barn buddy

typing maniac. rekod = level 7 = 64.547

Karamel

Resepi karamel ini di perolehi dari rakan sekerja suami. Terasa sedap bila pertama kali merasainya. Timbul di hati untuk mencuba. Tidak lah sesukar mana untuk membuatnya. Anda juga boleh cuba ;) Ini adalah resepi yang telah di ubah sedikit daripada resepi asal yang diberikan.hehe..

Bahan-bahan :
telur - 4 biji
susu pekat manis - 1 tin kecil
air - 3/4 tin susu kecil
esen vanila - 2 tutup
tepung jagung - 2 sudu
gula - 5 sudu

Cara-cara : Seperti di dalam gambar.

Hanguskan gula terus di dalam loyang. Biarkan sejuk.

Pukul telur bersama esen vanila, susu, air dan tepung jagung. Masukkan bahan satu persatu.
Pukul dengan sudu je. Tak perlu guna mesin pemutar telur.hehe..

Masukkan bahan yang telah di pukul/di kacau tadi ke dalam loyang gula hangus.

Kukus bahan selama 1 jam. Siap.

ops, gambar karamel yang telah siap di kukus tak de la pulak.
Cuba sendiri, nampak hasilnya.hehe..


Ada masa, nak cuba resepi kek coklat wafa ni pulak. yum yum...

Bila line kosong



Nampak apa yang ku nampak? Yer betol,..tiada sama dengan kosong.huhu.. Geram bila hadapi situasi begitu. Tapi geram itu membawa kepada kebaikan. Jika nilai di situ tidak kosong, pastinya ku akan terus menerus duduk berdepan dengan monitor ini.huhu.. Oleh kerana nilai kosong itu lah, ku bertukar menjadi rajin.hehe.. Satu rumah ku kemas sejak pagi tadi. Kuih raya pon dah tersedia di dalam balang. Kalau tidak, segan bila orang tiba-tiba datang beraya. Sekarang ni, boleh kata rumah telah bersedia untuk menerima tetamu yang nak beraya. Tapi tiada menu istimewa. Hanya kuih raya. Air rebina pon tiada. Sirap pon sirap lah.hehe..

Hai lah kosong...kosong...